program ini bertujuan untuk mengumpul, mengenang, memprotes serta mengutuk(dan lagi) tindakan kejam gerakan zionis israel yang dengan enak meratah saudara-saudara aku di bumi Palestin sana. ada jualan dari AMAL PALESTIN, t shirt propaganda, muffler, button badge, sticker kereta, dan pelbagai lagi barang bertujuan untuk mengumpul dana bagi disalurkan ke Palestin mungkin.aku tak tahu...kerna aku bukan orang dalam.biarlah mereka yang bertanggungjawab menguruskan
ada juga yang meluahkan kemarahan serta mungkin kesengsaraan yang terbuku di hati mereka dengan berlagu dalam lirik meruntun jiwa.membangkitkan api kemarahan dan kebencian aku kepada zionis.kudos!
aku tunggu yang bersajak...tiada..mungkin sajak dalam lagu.ada pula yang berlagu riang ibarat program ini sebuah program lawak cecupak.ada juga yang seperti menonton perlawanan bola di stadium.ada yang melagukan sebuah lagu yang liriknya cukup menginsafkan sebenarnya tapi dimomokkan oleh rakan 'seperjuangan' dek kerna kekurangan orang yang melagukan.terkehel sedikit suara
aku pon turut ketawa rasanya.apa yang difikirkan dalam benak waktu itu aku tak tahu.mungkin dengan bergelak ketawa saudara Palestin kita dapat kurang sedikit sengsaranya?mungkin tentera israel takut mendengar gelak ketawa kita?mungkin umat ISLAM nampak kuat dengan bergelak ketawa di PROGRAM AMAL PALESTIN.....?
bukanlah aku baik sangat, aku pun insan biasa banyak dosanya...terkadang aku tersasar ke luar batasan-Nya. Tapi sekurang-kurangnya kita kena sedar siapa kita. usia kita meningkat dewasa, banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul..tanggungjawab yang banyak dan amat berat.PALESTIN antara salah satu tanggungjawab kita..di sana terletak MASJIDIL AQSA yang pernah suatu masa menjadi kiblat pertama kita! pernah seorang kawan jemaah dari surau kolej aku berkata, "bukan ALLAH tak nak tolong, tapi umat ISLAM sekarang lost..selagi kita tak bersatu menjalankan perintah serta meninggalkan larangan-Nya, selagi itulah bantuan ALLAH takkan turun"
nukilan bernilai 2sen dari aku yang tak seberapa....moga hidup kita terus diredhai-Nya.amin
Labels: apa-apa saja