Episod Seorang Aku.
f.i.r.s.t p.o.s.t.i.n.g - prelude
Tuesday, 3 February 2009
Assalamualaikum WBT Salam sejahtera dan hello utk sume rakan2 di luar sana..pada tanggal 3 febuari 2009, jam 4:46 pagi bermulalah perjalanan sebuah blog oleh seorang aku. hadir aku dlm dunia cyber ini bukanlah untuk mencari nama, tetapi mencari secebis keseronokan di alam fana cuma..mungkin ruangan in akan memuatkan nukilan indah hari-hari yang mendatang serta episod-episod kehidupan seorang aku.

Sedikit pengenalan diri ringkas:

"Nama diberi Shahrum Hassan, aku generasi 1987 ketika Ultraman dan Gaban menjajah minda kanak2 sebaya aku, dilahirkan dengan cukup sifat, di sebuah hospital di Klang dan menetap di sebuah tmpat terpencil di pedalaman Selangor. belajar di UTM, Skudai dlm jurusan Senibina. Jurusan aku berjadual padat, memerlukan aku bekerja seperti mesin, tapi akan aku cuba mencari secebis ruang untuk aku menjenguk ruangan blog ini. untuk menghiburkan hati dan untukmewajarkan kehidupan aku menjadi normal seperti insan lain .

Seorang yang peramah(tipu),perpandangan jauh(tipu gak), serius tapi ceria dan gila, tidak hensem tapi manis, sukakan sesuatu yang simple tapi cerewet tentang kesempurnaan,aku suka sesuatu yang baru tapi aku selalu ketinggalan zaman, suka melawak tapi benci lawak bodoh, dan aku sukakan suatu yang indah."

mungkin janggal kedengaran ayat di dalam blog ini yang seperti skema ayam,hanya mencari kelainan cuma.jgn rsau dan mnyampah kerana ianya hanya sementara...sementara udara masih dapat dinikmati, sementara ada langit yang meneduh, sementara ada bumi untuk diteroka, sementara kita masih ada hati untuk merasa, sementara kita masih ada semua yang kita syg disekeliling kita...

akhir kata, salam cyber buat semua dan tak lupa buat yang terchenta..(",)


p/s: saje je ni wat ayat2 puitis, hati ngah de mood camni.haha.next time maybe lain approach lak..sape tau.anyway keep in touch and have a good day!

Labels:

Siapa aku.
Photobucket
Caomstrano

Baca Mereka.
Anis.
Anne.
Aten.
Atta.
Awhere.
Bak.
Daus.
Khruz.
Mataq.
Mili.
Nadir.
Raihan.
Safraa.
Shedot.
Sitot.
Wanie.
Warouq.
Mansur.